Wednesday, May 26, 2021

Kelas Mengaji

Alhamdulillah dah nak masuk setahun juga mengajar orang dewasa mengaji. Asalnya kawan minta tolong ajar sebab ustazahnya dah berhenti. Jadi tolonglah ajarkan.. Tak sangka lama juga mengajar. ๐Ÿ˜ Pilih sebab dekat dengan rumah. Jd tak terasa lah beban sangat. Hehe

Seminggu dalam 2 kali sahaja kelas. Kadang2 bertembung dengan program saya akan cancel kelas. Sebab kelas selalu waktu malam. 8.00-9.00 malam. Kadang2 acik tu (student sy) tak sihat, so kena cancel kelas juga. Masa ramadan tak dapat nak teruskan sebab masing2 nak fokus ramadan. Hari ni baru dapat sambung semula. Dan setelah berbincang, sepakat untuk tukar masa, dari waktu malam ke waktu siang. Dan kelas hanya pada waktu cuti Sabtu dan Ahad sahaja.. 

Bila mengajar orang dewasa ni banyak juga cabarannya. Dia nak macam ni, mcm tu.. Takpe.. Kita follow je, yang penting bacaan kita betulkan. Panjang pendek. Nak cerita pasal hukum tajwid tak boleh banyak2. Yang penting cara bacaannya betul.

Kita sebagai tenaga pengajar pun kena improve bacaan juga. Belajar masa kecil tak sama bila kita dah semakin dewasa. Tu pasal ilmu Allah ni luas. Makin kita belajar, makin kita rasa banyak lagi yang kita tak tahu. Tu penting kita pergi belajar. Bila belajar dengan guru, kita akan lebih yakin sebab kita tahu susur galur ilmu yang kita belajar tu. 

Pada para suami atau yang akan jadi bakal suami, kalau tak boleh mengajar isteri tentang ilmu2 fardhu ain ni, kena izinkan isteri pergi belajar. Kalau pergi belajar sama2 lagi bagus. Lagi sweet. Hai bersemut pula kita๐Ÿ˜Š... Yelah, suami kan pemimpin bagi isteri. Pastinya ilmunya lebih banyak daripada si isteri. Tu lah sebab setiap lelaki mukallaf diwajibkan pergi solat Jumaat. Dan syarat sahnya mesti dengar 2 khutbah. Dalam khutbah tu ada bermacam2 peringatan, nasihat dan ilmu yang boleh diambil dan diamalkan dalam kehidupan seharian.. Untung orang lelaki ni...

Moga saya dikurniakan suami yang soleh yang boleh bimbing saya ke jalan yang diredhai Allah dan Sama2 belajar tambah ilmu Allah yang cukup luas ini... Aamiin. Eh tiberr๐Ÿ˜ฌ. Tolonglah aminkan ye kawan2.. ๐Ÿ™

Tuesday, May 25, 2021

Nasi Goreng

Nasi Goreng merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Masak senang, makan pun cepat, Sedap ke tak sedap tu citer lain. Haha. Kalau diberi pilihan untuk masak, memang masak nasi goreng jelah jawabnya๐Ÿ˜‹. Kalau masak lauk berkuah, saya memang fail.๐Ÿ˜Œ

Bahan buat nasi goreng pun mudah nak dapat. Yang penting ada nasi, cili api, ikan bilis, bawang merah, bawang putih. Tumbuk bahan2 tu (kecuali nasi) . Siap untuk ditumis. Masukkan karot yang dipotong dadu, atau kacang panjang, atau kobis, garam dan gaulkan dengan nasi. Siap!! Senang kan? Kalau ada timun jepun dengan keropok lagi lah menambah selera...

Masa tumbuk bawang tu selalu teringat peristiwa masa kecil. Saya suka tolong mak tumbuk sambal sambil pakai cermin mata hitam. Kalau takda cermin mata hitam, helmet pun jadi, yang penting ada penutup tang mata tu ๐Ÿ˜Ž. Yelah, saya ni takut cili ke, bawang ke terpercik ke mata. Tu yang pakai spek hitam tu. Viral rupanya cerita saya pakai cermin mata hitam masa tumbuk sambal masa kecik2 dulu. Ada sorang nenek saudara ni, saya panggil nyai siti, kalau jumpa je saya mesti teringat kisah tu. Yelah budak kecik mai tolong tumbuk sambal sambil pakai spek hitam, tak ke comel gittew.. ๐Ÿ˜

Begitulah kisah budak yang suka melaram. Nak tumbuk sambal pun pakai spek hitam. Hahaha

Monday, May 24, 2021

WFH

WFH singkatan bagi Work From Home atau bahasa Melayunya Bekerja Dari Rumah. 

Nak tau tak, masa mula2 kerja saya pernah dengar perkataan ni. Tapi mcm tak percaya tau, kerja ofis boleh buat di rumah. Bila berlaku pandemik Covid19 pada tahun 2020, maka bermulalah kisah WFH saya.. Masa ni mmg rasa macam mati kutu tak tau nak buat apa. Nak tak nak mmg kena mengadap jugalah laptop tu. Alhamdulillah ada laptop,baru beli (second hand je๐Ÿ˜). Tgk emel, search prog apa nak buat masa wfh ni.. Mmg banyak program online seperti webinar (kursus online) dan lain. Mengaji pun boleh online tau. Dan yang paling bestnya masa ni jumpa dengan Kak Kay dan join kelas KKDI tu.. Alhamdulilah tak pernah tinggal recharged kelas. Setiap kelas lain2 cerita. Dari ratus2 orang je yg join. Skrg ni dah lebih 7k yg join kelas. Cuma kadang masa kelas online tu tak ramailah yg join dlm 1k je camtu... 

Berbalik kisah WFH, masa type ni dah masuk PKP 3.0 dah.. Kerajaan bgtau nak buat PKP fully mcm dulu dah tak sesuai. Sbb nak tak nak memang kena hadap Covid19 ni cuma diri sendiri perlu jaga diri melalui SOP yg ketat. Pakai mask, cuci tangan selalu, jangan bersalaman dan amalkan self lock down. Antaranya pergi pasar seminggu sekali/sebulan sekali, isi minyak kereta sehingga penuh, keluar bila perlu sahaja, solat berjemaah dirumah, tidak terima tetamu luar. Jumlah pesakit Covid19 buat masa ni dah nak masuk 7k. Allahuakbar. Moga kita semua terhindar daripada penyakit bahaya ni ye. InsyaAllah.. 

Berbalik pada kisah WFH tadi (berapa kali nak balikkk daaa), maka berWFH lah saya sekarang ni sebab kerajaan minta penjawat 80% bekerja dari rumah. Untuk nak rasa kita macam guna PC sendiri kat ofis, bolehlah download apps teamviewer supaya dpt access komputer ofis walaupun dari rumah. Sebab banyak share folder yang perlu dibuka dan hanya boleh access melalui komputer ofis sahaja. Jadi, penggunaan teamviewer ni sangatlah digalakkan. 

Sekian cerita WFH ku pada hari ni. 

P/s: hari ni dpt masuk awal dlm pukul 8.00 pagi sebab ofis kat rumah je. ๐Ÿ˜ฌ. Selalunya pukul 8 ni baru keluar rumah. Hehe

Saturday, May 22, 2021

Honeybee

Apa tu honeybee? Tetiba je kan? Hehe 


Honeybee tu sebenarnya salah satu nama karakter yang diwujudkan oleh Kak Kay atau nama sebenarnya Siti Kamaliah Kamal. Tengoklah gambar honeybee ni comelkan? heheh

Ada 6 jenis karakter yang diwujudkan iaitu Eagle, Honeybee, Mamalion, Swan, Penguin dan Woody Wood Pecker Dan... Honeybee tu adalah karakter yang dominan untuk diri ini.. ๐Ÿ˜Š 

Apa ciri2 si honeybee ni? 
 - pendengar yang baik
 - mengutamakan keluarga lebih dari diri sendiri
 - Suka bantu orang
 - Suka memendam - Kalau dah lama sangat pendam boleh meletup tau. Mcm si lebah yg boleh menyengat tu. ๐Ÿ˜‚'
 - suka bagi semangat pada orang dan sangat suka menerima semangat daripada orang lain
 - calon isteri solehah๐Ÿ˜ Gittew

Kenapa perlu tahu pasal karakter? 
Sebab pembangunan setiap orang adalah berbeza. Walaupun kita tahu dia honeybee, tapi mungkin xsama kita yg honeybee juga sbb di HB sana mungkin xda ilmu, tapi HB sini ada ilmu jd boleh kontrol sifat2 yg tak baik sekiranya ada. Setiap karakter ni pula ada kelebihan dan kekurangan dia.. Manusia kan? Semua ada kelebihan dan kekurangan. Kadang kekurangan boleh jd kelebihan, dan kelebihan boleh jd kekurangan. 

Belajar ilmu KKDI bukan just kita nak tau orang tu karakter apa tapi mcm mana nak cakap bahasa dia, mcm mana nak amik hati dia, supaya memudahkan kita berurusan.. So dunia akan lebih harmoni dan tiada pergaduhan. Gittew Tapi jgn di sama kan dgn Yahudi Laknatullah tu. Depa tu mmg anti Islam. Mereka tu wajib kita tentang tau. 

Ok. Stop kejap, nak isi borang vaksin Astrazeneca utk mak ayah jap. Sat g xdan plak dpt.

P/s: nak tau korang karakter apa? 
       
Meh isi link ni https://thephotolicious.onpay.my/order/form/upk

Friday, May 21, 2021

Pasar

Kenapa tajuk pasar? Bukan spesifik pasar apa? Eeemmm.. 

Sebab.... banyak sangat pasar yang ada sekarang ni... Pasar tani, pasar malam, pasar pagi, pasar borong, pasar awam.. Fuh byk kan? Hahahah

Citernya.. Saya suka pergi pasar sejak kecil lagi.. bukan pasar yang dekat dengan rumah ni tau.. Tapi pasar kat chow kit, Kuala Lumpur nunnn. Saya suka betul nak ikut abuyah pergi sana. Sebab dapat naik motor..(padahal tiap2hari abuyah hantar saya pergi sekolah naik motor๐Ÿ˜ฌ) Vroom, vroom. Saya pergi berdua je tau dengan abuyah. Umi duk umah. Huhu... 

Best tau kat pasar tu, macam-macam jenis sayur, ikan, buah ada kat situ. Paling best, masa ikut abuyah tu saya terjumpa sotong yang bentuknya bulat. Saya tanya abuyah, "ini apa?" Abuyah jawab : ini sotong katak. Nadzirah nak? Tanya abuyah. Nak, jawabku. Saya gembira betul masa tu, abuyah belikan sotong tu. Saya ni memang suka makan benda yang pelik2 ni. Asalkan halal. Kata abuyah lagi, sotong katak ni, tulangnya kalau di keringkan boleh buat bedak sejuk... Lagilah saya teruja. Terus abuyah beli 2 kilo sotong katak tu. Hah, amek! 

Balik rumah, lepas abuyah siang sotong, saya pun tolonglah jemur tulang sotong yang berwarna putih tu... Nak tau tak apa citer dengan tulang tu? Kami tengok ja... Hahaha. Sebab dah tak ingat dah apa jadi dengan tulang sotong tu.. Cerita masa darjah 2 rasanya... Hihihi Sekian...

Syawal 1442H

Alhamdulillah... Syukur Ya Allah... saya masih dipanjangkan umur untuk berada di Syawal 1442H. Rasa cepat sangat masa berlalu. Bila rasa macam tu, tu lah tanda2 akhir zaman... Masa rasa pantas berlalu.. 

Nak ceritanya, Syawal kali ni adalah kali kedua beraya dalam tempoh PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan sebab kes Covid19 yang makin meningkat. Kalau masa raya PKP yang lepas masih boleh lagi saudara mara datang. Biasanya yang akan datang ke rumah masa raya pertama adalah Cik Ecol dan family, Cik Lan dan family . Tapi kali memang tak boleh terima tetamu langsung sebab SOP nya sudah begitu.. Cik Ecol yang tinggal di Jalan Kebun, Klang tu kami cuma sempat jumpa masa Ramadan je.. 

Bezanya raya tahun ni, dengan tahun yang lepas adalah tahun ni saya create link Google Meet untuk semua family keluarga Hj Alwi dapat bersua walaupun di alam maya. Asalnya nak guna zoom tapi banyak permintaan minta guna GM jadi kita ikut jelah apa kata survey.. hehe.  Alhamdulillah ramai juga yang join walaupun sekejap. Sampai 3 kali perjumpaan terpaksa buat. 1st: malam raya - dapat takbir sama2. Yang dapat join Cik Ecol dan family di Shah Alam, Cik Najat dan family di Pasir Gudang dan sepupu penguinku Sofiatul Athirah. Manakala pagi raya pula yang dapat join, masih Cik Ecol dan family, sofia, kak farhana tu pun sekejap2 je. Paling ramai dapat join masa petang 1 Syawal - Masih cik ecol dan family, Cik Wardah, Kak fakhomah (sepupu di BP), Safwa (sepupu di Kedah), Cik Adah (makcik di Johor), Cik Lillah (pakcik di BP). Depa ada suruh juga sambung malam, tapi saya yang tak larat nak tunggu... 

Begitulah kisah raya pertama keluarga saya.. Sampaikan nak bergambar satu family pun takdan pagi raya tu๐Ÿ˜….  Tapi bersalam-salaman dan bagi duit raya je sempat. 

Tau tak bila kitorang ambil gambar family? Masa raya ke 4 sebab masa tu sambut birthday abuyah sekali๐Ÿ˜.. 

Jadilah... Alhamdulillah...

Kucing

Orang kata kalau tak suka binatang ni, tak berapa penyayang. Betul ke? Hehehe Aku bukan tak suka binatang2 ni. Tapi geli dan takut. Haha. Ka...