Nak tau tak, masa mula2 kerja saya pernah dengar perkataan ni. Tapi mcm tak percaya tau, kerja ofis boleh buat di rumah.
Bila berlaku pandemik Covid19 pada tahun 2020, maka bermulalah kisah WFH saya..
Masa ni mmg rasa macam mati kutu tak tau nak buat apa. Nak tak nak mmg kena mengadap jugalah laptop tu. Alhamdulillah ada laptop,baru beli (second hand je😁). Tgk emel, search prog apa nak buat masa wfh ni.. Mmg banyak program online seperti webinar (kursus online) dan lain. Mengaji pun boleh online tau. Dan yang paling bestnya masa ni jumpa dengan Kak Kay dan join kelas KKDI tu.. Alhamdulilah tak pernah tinggal recharged kelas. Setiap kelas lain2 cerita. Dari ratus2 orang je yg join. Skrg ni dah lebih 7k yg join kelas. Cuma kadang masa kelas online tu tak ramailah yg join dlm 1k je camtu...
Berbalik kisah WFH, masa type ni dah masuk PKP 3.0 dah.. Kerajaan bgtau nak buat PKP fully mcm dulu dah tak sesuai. Sbb nak tak nak memang kena hadap Covid19 ni cuma diri sendiri perlu jaga diri melalui SOP yg ketat. Pakai mask, cuci tangan selalu, jangan bersalaman dan amalkan self lock down. Antaranya pergi pasar seminggu sekali/sebulan sekali, isi minyak kereta sehingga penuh, keluar bila perlu sahaja, solat berjemaah dirumah, tidak terima tetamu luar.
Jumlah pesakit Covid19 buat masa ni dah nak masuk 7k. Allahuakbar. Moga kita semua terhindar daripada penyakit bahaya ni ye. InsyaAllah..
Berbalik pada kisah WFH tadi (berapa kali nak balikkk daaa), maka berWFH lah saya sekarang ni sebab kerajaan minta penjawat 80% bekerja dari rumah. Untuk nak rasa kita macam guna PC sendiri kat ofis, bolehlah download apps teamviewer supaya dpt access komputer ofis walaupun dari rumah. Sebab banyak share folder yang perlu dibuka dan hanya boleh access melalui komputer ofis sahaja. Jadi, penggunaan teamviewer ni sangatlah digalakkan.
Sekian cerita WFH ku pada hari ni.
P/s: hari ni dpt masuk awal dlm pukul 8.00 pagi sebab ofis kat rumah je. 😬. Selalunya pukul 8 ni baru keluar rumah. Hehe
No comments:
Post a Comment