Nak ceritanya, Syawal kali ni adalah kali kedua beraya dalam tempoh PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan sebab kes Covid19 yang makin meningkat. Kalau masa raya PKP yang lepas masih boleh lagi saudara mara datang. Biasanya yang akan datang ke rumah masa raya pertama adalah Cik Ecol dan family, Cik Lan dan family
. Tapi kali memang tak boleh terima tetamu langsung sebab SOP nya sudah begitu.. Cik Ecol yang tinggal di Jalan Kebun, Klang tu kami cuma sempat jumpa masa Ramadan je..
Bezanya raya tahun ni, dengan tahun yang lepas adalah tahun ni saya create link Google Meet untuk semua family keluarga Hj Alwi dapat bersua walaupun di alam maya. Asalnya nak guna zoom tapi banyak permintaan minta guna GM jadi kita ikut jelah apa kata survey.. hehe. Alhamdulillah ramai juga yang join walaupun sekejap. Sampai 3 kali perjumpaan terpaksa buat. 1st: malam raya - dapat takbir sama2. Yang dapat join Cik Ecol dan family di Shah Alam, Cik Najat dan family di Pasir Gudang dan sepupu penguinku Sofiatul Athirah. Manakala pagi raya pula yang dapat join, masih Cik Ecol dan family, sofia, kak farhana tu pun sekejap2 je. Paling ramai dapat join masa petang 1 Syawal - Masih cik ecol dan family, Cik Wardah, Kak fakhomah (sepupu di BP), Safwa (sepupu di Kedah), Cik Adah (makcik di Johor), Cik Lillah (pakcik di BP). Depa ada suruh juga sambung malam, tapi saya yang tak larat nak tunggu...
Begitulah kisah raya pertama keluarga saya.. Sampaikan nak bergambar satu family pun takdan pagi raya tu๐
. Tapi bersalam-salaman dan bagi duit raya je sempat.
Tau tak bila kitorang ambil gambar family? Masa raya ke 4 sebab masa tu sambut birthday abuyah sekali๐..
Jadilah... Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment