Thursday, August 18, 2022

Kucing

Orang kata kalau tak suka binatang ni, tak berapa penyayang. Betul ke? Hehehe

Aku bukan tak suka binatang2 ni. Tapi geli dan takut. Haha. Kalau tengok dari jauh takpe je. Tapi kalau nak suh tangkap lipas, tu aku boleh tangkap. Hahaha

Tapi kalau bela kucing ke yang tu memang tak lah. Tak sanggup nak bela, sebab tak larat nak bersihkan buku2 kucing yang berterbangan di dalam rumah. Tu kalau kat rumah aku sendirilah. Haha. 

Jangan terkejut pula bila datang rumah mak aku, tengok ada banyak kucing . Sebab bukan aku yang bela. Tapi adik aku. Dialah yang rajin membelanya. Basuh najis dia. Fuh, mmg rajinlah. Kalau najis tu dah banyak sangat, aku tolong jerit je.. "Hani, basuh taik kucing mu ni...". Kakak dia memang taklah buat benda tu... Tapi kalau suh tolong tengok ke, belikan makanan ke, yang tu bolehlah..

Selalu, kalau balik dari mana2, tegur2lah juga kucing2 adik dalam sangkar tu. Semuanya warna putih. Ada yang nama gebu, abang utih, comot, yang lain dah tak ingat dah namanya.. Tapi kucing ni pun bijak. Suka sangat datang kat orang yang tak suka dia. Nak manja2. Aduh.. Peganglah juga kucing tu, minta doa. Selalu minta doa temukan jodohlah. Hahaha.. Kelakar betul.. Kotlah dia faham. Dia aminkan. Moga bertemu dengan jodoh yang soleh.. Amiinn....

Kesimpulannya, bukanlah tak penyayang seseorang yang tak membela haiwan peliharaan ni. Mungkin ada alahan, trauma yang berlaku dlm diri dia yang buatkan dia taknak bela haiwan peliharaan. Tetiba ada kesimpulan.. 

P/s: Abang aku lagi Best, semua binatang kalau boleh dia nak bela. Tapi rumah kecik, mana lah muat. Hahaha. Semua binatang mmg sangat baik dgn dia.. Cuma 1 je binatang yang dia takut. Cer teka.. Hihi

Friday, October 8, 2021

Genap sebulan pemergian ayah tercinta

Hari ini genap sebulan pemergian arwah ayahku yang tercinta.. 😭😭😭

Tanggal 9 September 2021, abuyah pergi meninggalkan kami sekeluarga selepas 23 hari bertarung nyawa melawan virus Covid-19. Virus tersebut menyebabkan organ dalaman abuyah rosak terutamanya bahagian paru-paru. Baru je nak rasa gembira sedikit bila Doktor maklumkan, abuyah dah boleh tukar ke wad biasa dan kami perlu beli ubat cair darah untuk biasakan ayah makan di hospital, sebelum bawa balik ke rumah. Sepanjang dihospital kami hanya berhubung dengan video call melalui bantuan nurse. 

Pukul 12.00 tengah hari 9/9/2021 tu, Dr call maklumkan abuyah batuk dan keluarkan darah, nafas juga agak laju. Masa dengar beritu, saya dah rasa lain macam. Lepas zohor terus bacakan yasin untuk abuyah. Pukul 3.00 petang, Dr.call untuk family datang ke hospital sebab abuyah dah nazak. Dr. tak beritahu pula boleh datang berapa orang, jadi satu family saya suruh siap dan ikut pergi ke hospital. Walaupun kami masih dalam tempoh kuarantin lagi masa tu. Sampai je hospital, rupanya boleh naik 2 orang sahaja. Jadi saya dan umi naik dahulu. Sampai di wad 8B, Dr. keluar dan beritahu kami yang abuyah dah takda pukul 3.29 petang. Terus saya peluk umi.... 😭😭😭😭.. tak sempat jumpa abuyah sebelum abuyah pergi selamanya..

Saya tanya Dr., adakah kami boleh tengok arwah? Dr. kata ye. Alhamdulillah, kami dibenarkan masuk untuk melihat ayah. Allahuakbar, bila tengok abuyah, bersih sangat muka abuyah, bila cium pipi dahi abuyah, bau wangi je... Allah, Allah. Di lantai pula, ada kesan darah abuyah. banyakkk..

Saya dan umi tunggu di wad sehingga pegawai dari Bahagian Forensik datang ambil jenazah untuk dibawa ke bilik mayat. Bila tanya pegawai forensik tu, boleh ke bawa jenazah balik ke rumah, yelah sebab sekarang di Wad Covid, katanya boleh, sebab dah ayah dah bebas dari covid dan kami boleh urusakan sendiri. Alhamdulillah syukur sangat. Terus kami call van jenazah untuk bawa ayah ke rumah. Umi juga minta anak-anak letakkan katil di ruang tamu, untuk memudahkan jenazah diletakkan. 

Kami sekeluarga buat bacaan yasin sambung menyambung dan bacaan satu al-quran. Satu peristiwa yang tak dapat dilupakan adalah selepas pukul 1.00pagi tu. Selepas saya ambil wuduk dan nak sambung bacaan juzuk seterusnya, saya akan buka kain yang menutup muka abuyah dan cium muka abuyah. Tapi saya terperasan, di mulut abuyah ada buih2 putih. Terus saya beritahu umi. Umi kata ambil dan sapu atau makan. Bila ambil je, buih tu keluar lagi, lagi dan lagi... kami semua ambil, tak tinggal pun sorang. Sehinggalah pukul 8.00pagi, umi orang terakhir yang ambil buih tu dan buih tu tiada lagi.  Moga kebaikan yang ada pada abuyah jadi ikutan kebaikan pada kami juga...

Pagi Jumaat 10/9/2021 - Kami sekeluarga dapat mandikan dan kafankan arwah ayah. Itulah khidmat terakhir kami pada arwah ayah. Dan arwah ayah juga dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM. ALHAMDULILLAH SYUKUR.. sebab kalau ayah meninggal disebabkan covid, jenazah akan dikebumikan di Sg Merah. Jauh dari rumah. Tak dapat jumpa, tgk pun dari jauh je... 11.30pagi selesai semua urusan jenazah arwah abuyah. Bersemadilah jasad abuyah disitu untuk selamanya, moga tenang abuyah disana. 

Abuyah, maafkan anakmu ini, banyak sangat dosa pada abuyah. Saya tak sempat nak berikan abuyah menantu masa abuyah hidup lagi.. Mmmm


Saturday, August 28, 2021

Cobid oh Cobid

Cobid ke Covid? 

Haha.. janji betul dah maksudnya merujuk kepada COVID-19. 
Citernya, hari ini hari ke 6 saya dikuarantin kerana positif Covid-19. Sepatutnya mungkin dah habis kuarantin. Tapi disebabkan lambat buat swab walaupun dah bergejala maka, bertambahlah masa dikuarantin...

Awak pernah di diagnose sebagai positif covid?. Kalau tak pernah, alhamdulillah. Kalau pernah pun Alhamdulillah kerana awak terpilih merasai kesakitan itu. Mungkin pada masa ni kita berdoa sungguh-sungguh agar dihindari daripada Covid ni. Tapi Allah lebih mengetahui..

Antara simptom yang saya alami adalah demam, sakit badan, pening kepala, hidung tersumbat, tiada deria bau. Alhamdulillah deria rasa masih ok. Kalau tak mesti rasa malas nak makan. Badan memang tak larat. Rasa nak masak tapi memang tak boleh nak buat. Sakitnya badan Allah je yang tahu. 

Alhamdulillah simptom yang saya alami tak seteruk adik lelaki dan kakak. MUNGKIN sebab saya dah cukup 2nd dos vaksin... Abang sulung pun sama. Positif, tapi tidak bergejala. Jadi dia tak merasa lah demam, muntah tu, sebab abang ni kalau demam, memang melepek, muntah tak berhenti. Satu apa pun tak boleh nak buat. Alhamdulillah..

Cumanya abuyah, umi, kak ngah, zui dan hani sahaja yang tak sempat settlekan 2 dos vaksin yang mana tarikh 2nd dos sama dengan tarikh kami dikuarantinkan... maka satu rumah bergejala... 11 orang tau.. nak kuarantin sangat pun macam tak berapa menjadi. yang penting tak kongsi pinggan makan. Tu jelah. 

Masa tulis ni, abuyah masih di Hospital Serdang dan perlukan 5 liter gas. Mohon doakan ayah saya pulih seperti sediakala ye. Kena selalu telefon hospital tanya perkembangannya.. Kadang2 kami buat video call guna telefon wad. Menangis sajelah kami bila tengok abuyah pakai oksigen mask tu...
Moga Allah beri peluang untuk abuyah sihat kembali dan dapat pulang ke rumah semula.

Kami pula hari ni baru lepas buat penilaian di Covid19 Assessment Centre (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam. Alhamdulillah, semua boleh kuarantin dirumah sebab simptom dah tak ada. Jiran sebelah rumah pula yang kena kuarantin kat MAEPS. Sebab masih bergejala. Moga kak hasmah cepat sembuh ya!

Apa yang nak diceritakan disini adalah Virus Covid19 ni benar... Ia bukan ciptaan mana2 teori konspirasi ke hapa.. Allah boleh turunkan virus ni pada sesiapa sahaja. Sebab ia bukan sahaja berlaku di Malaysia tapi seluruh dunia. Mungkin bagi yang tak kena tu mungkin tak percaya. Tapi bila kena kat diri sendiri mungkinlah baru tersedar. Dan antara ikhtiar perubatan yang dipersetujui adalah dengan menyuntik vaksin dalam tubuh manusia. Siapa yang percaya vaksin ni juga teori konspirasi juga, amat malanglah mereka ni. Mungkin sebab dapat banyak fakta yang salah, maka jadilah mereka anti-vaksin. Dapatkan maklumat pada ahlinya, bukan google sahaja. 

Moga Malaysia dapat mencapai herd immunity dan kita semua bebas dari jangkitan covid ni, InsyaAllah.

Friday, June 4, 2021

Pawagam

Alkisah pasal pawagam....

Nak tau tak? Saya ni tak pernah masuk pawagam lagi selama 30++ ni. Betul ke? Iye betul tak tipu... Mungkin saya akan masuk dengan En Suami kot... cia cia cia.

Alkisahnya pasal pawagam ni sebenarnya masa umur 12 tahun, lepas UPSR tu, teringin lah juga nak pergi pawagam. Masa ni pawagam jauh, kat KL nuu... Dah habis UPSR kan, so nak bergembiralah kononnya.. 

So satu hari member ajak pergi pawagam kat KLCC kalau tak silap. Pergilah saya  beramai-ramai dengan kawan-kawan perempuan. Sebagai anak yang solehah, nak pergi mana-mana mesti bagitahu mak ayah dulu.. Tapinya saya tak bagitahu betul-betul pada umi dan abuyah yang tujuan saya nak pergi KLCC tu sebab saya nak pergi pawagam. (Tak ingat pula citer apa yang tengah famous masa tu). Cuma beritahu yang saya nak pergi KLCC dengan kawan, sekian-sekian. Jadinya umi dan abuyah pun izinkan saya pergi ke sana...

Ingat lagi masa tu pakai baju kurung. I sorang je U pakai baju kurung.😁Solehah sangat tau. (Sebenarnya takda pun blouse ka, seluar ka, untuk jalan-jalan masa tu). Kalau keluar mesti pakai baju kurung. Lepas Uni. baru belajar2 pakai seluar besar, tshirt labuh dan lain2. Isk.isk.isk tak baik kan? Tapi masih menjaga aurat alhamdulillah.

Tiket wayang tak beli lagi tau. Ini kes main redah je. Hahaha. Ok sambung. 

Sampai je kat KLCC tu kami pun terus lah ke pawagam tersebut nak beli tiket. Cerita tengah hot, so ramailah yang serbu pawagam. Kami sampai sana dalam pukul 12.00 tengah hari. Konon nak tengok waktu tu, penuh dah. Cek pukul 2.00 petang pulak, pun penuh juga. yang masih kosong tau tak pukul berapa? Saya pun dah tak ingat. hahaha. Tapi malam lah citernya... Kalau dah sampai malam, memang tak lah kan sebab janji dengan mak ayah nak balik petang. 

Sudahnya kami berjalan-jalan sahaja sambil makan aiskrim kat taman kat KLCC tu... πŸ˜‚. Aiskrim habis, kami pun balik dengan hampa tak dapat masuk pawagam nak tengok wayang... Adan Uke..

Kesimpulannya...

Jangan berbohong dengan mak dan ayah kita... Akan dibalas juga kesalahan kita tu... Beritahu betul-betul. InsyaAllah mereka faham. Bukan kita pergi berdua dengan orang lelaki kan? Kalau buat macam tu memang ke longkanglah jawabnya.. haha. Itulah kali terakhir buat macam tu..

Lepas tu memang tak berminat dah nak masuk pawagam. Dengan keadaan gelapnya.. risau macam2 boleh berlaku.. kan?

Jadinya kalau keluar filem best2.. kami tunggu cerita tu masa hari raya lah kalau nak tengok. Hah, satu family dapat tengok tau. hehe

Sekiannnn....

Wednesday, May 26, 2021

Kelas Mengaji

Alhamdulillah dah nak masuk setahun juga mengajar orang dewasa mengaji. Asalnya kawan minta tolong ajar sebab ustazahnya dah berhenti. Jadi tolonglah ajarkan.. Tak sangka lama juga mengajar. 😁 Pilih sebab dekat dengan rumah. Jd tak terasa lah beban sangat. Hehe

Seminggu dalam 2 kali sahaja kelas. Kadang2 bertembung dengan program saya akan cancel kelas. Sebab kelas selalu waktu malam. 8.00-9.00 malam. Kadang2 acik tu (student sy) tak sihat, so kena cancel kelas juga. Masa ramadan tak dapat nak teruskan sebab masing2 nak fokus ramadan. Hari ni baru dapat sambung semula. Dan setelah berbincang, sepakat untuk tukar masa, dari waktu malam ke waktu siang. Dan kelas hanya pada waktu cuti Sabtu dan Ahad sahaja.. 

Bila mengajar orang dewasa ni banyak juga cabarannya. Dia nak macam ni, mcm tu.. Takpe.. Kita follow je, yang penting bacaan kita betulkan. Panjang pendek. Nak cerita pasal hukum tajwid tak boleh banyak2. Yang penting cara bacaannya betul.

Kita sebagai tenaga pengajar pun kena improve bacaan juga. Belajar masa kecil tak sama bila kita dah semakin dewasa. Tu pasal ilmu Allah ni luas. Makin kita belajar, makin kita rasa banyak lagi yang kita tak tahu. Tu penting kita pergi belajar. Bila belajar dengan guru, kita akan lebih yakin sebab kita tahu susur galur ilmu yang kita belajar tu. 

Pada para suami atau yang akan jadi bakal suami, kalau tak boleh mengajar isteri tentang ilmu2 fardhu ain ni, kena izinkan isteri pergi belajar. Kalau pergi belajar sama2 lagi bagus. Lagi sweet. Hai bersemut pula kita😊... Yelah, suami kan pemimpin bagi isteri. Pastinya ilmunya lebih banyak daripada si isteri. Tu lah sebab setiap lelaki mukallaf diwajibkan pergi solat Jumaat. Dan syarat sahnya mesti dengar 2 khutbah. Dalam khutbah tu ada bermacam2 peringatan, nasihat dan ilmu yang boleh diambil dan diamalkan dalam kehidupan seharian.. Untung orang lelaki ni...

Moga saya dikurniakan suami yang soleh yang boleh bimbing saya ke jalan yang diredhai Allah dan Sama2 belajar tambah ilmu Allah yang cukup luas ini... Aamiin. Eh tiberr😬. Tolonglah aminkan ye kawan2.. πŸ™

Tuesday, May 25, 2021

Nasi Goreng

Nasi Goreng merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Masak senang, makan pun cepat, Sedap ke tak sedap tu citer lain. Haha. Kalau diberi pilihan untuk masak, memang masak nasi goreng jelah jawabnyaπŸ˜‹. Kalau masak lauk berkuah, saya memang fail.😌

Bahan buat nasi goreng pun mudah nak dapat. Yang penting ada nasi, cili api, ikan bilis, bawang merah, bawang putih. Tumbuk bahan2 tu (kecuali nasi) . Siap untuk ditumis. Masukkan karot yang dipotong dadu, atau kacang panjang, atau kobis, garam dan gaulkan dengan nasi. Siap!! Senang kan? Kalau ada timun jepun dengan keropok lagi lah menambah selera...

Masa tumbuk bawang tu selalu teringat peristiwa masa kecil. Saya suka tolong mak tumbuk sambal sambil pakai cermin mata hitam. Kalau takda cermin mata hitam, helmet pun jadi, yang penting ada penutup tang mata tu 😎. Yelah, saya ni takut cili ke, bawang ke terpercik ke mata. Tu yang pakai spek hitam tu. Viral rupanya cerita saya pakai cermin mata hitam masa tumbuk sambal masa kecik2 dulu. Ada sorang nenek saudara ni, saya panggil nyai siti, kalau jumpa je saya mesti teringat kisah tu. Yelah budak kecik mai tolong tumbuk sambal sambil pakai spek hitam, tak ke comel gittew.. 😝

Begitulah kisah budak yang suka melaram. Nak tumbuk sambal pun pakai spek hitam. Hahaha

Monday, May 24, 2021

WFH

WFH singkatan bagi Work From Home atau bahasa Melayunya Bekerja Dari Rumah. 

Nak tau tak, masa mula2 kerja saya pernah dengar perkataan ni. Tapi mcm tak percaya tau, kerja ofis boleh buat di rumah. Bila berlaku pandemik Covid19 pada tahun 2020, maka bermulalah kisah WFH saya.. Masa ni mmg rasa macam mati kutu tak tau nak buat apa. Nak tak nak mmg kena mengadap jugalah laptop tu. Alhamdulillah ada laptop,baru beli (second hand je😁). Tgk emel, search prog apa nak buat masa wfh ni.. Mmg banyak program online seperti webinar (kursus online) dan lain. Mengaji pun boleh online tau. Dan yang paling bestnya masa ni jumpa dengan Kak Kay dan join kelas KKDI tu.. Alhamdulilah tak pernah tinggal recharged kelas. Setiap kelas lain2 cerita. Dari ratus2 orang je yg join. Skrg ni dah lebih 7k yg join kelas. Cuma kadang masa kelas online tu tak ramailah yg join dlm 1k je camtu... 

Berbalik kisah WFH, masa type ni dah masuk PKP 3.0 dah.. Kerajaan bgtau nak buat PKP fully mcm dulu dah tak sesuai. Sbb nak tak nak memang kena hadap Covid19 ni cuma diri sendiri perlu jaga diri melalui SOP yg ketat. Pakai mask, cuci tangan selalu, jangan bersalaman dan amalkan self lock down. Antaranya pergi pasar seminggu sekali/sebulan sekali, isi minyak kereta sehingga penuh, keluar bila perlu sahaja, solat berjemaah dirumah, tidak terima tetamu luar. Jumlah pesakit Covid19 buat masa ni dah nak masuk 7k. Allahuakbar. Moga kita semua terhindar daripada penyakit bahaya ni ye. InsyaAllah.. 

Berbalik pada kisah WFH tadi (berapa kali nak balikkk daaa), maka berWFH lah saya sekarang ni sebab kerajaan minta penjawat 80% bekerja dari rumah. Untuk nak rasa kita macam guna PC sendiri kat ofis, bolehlah download apps teamviewer supaya dpt access komputer ofis walaupun dari rumah. Sebab banyak share folder yang perlu dibuka dan hanya boleh access melalui komputer ofis sahaja. Jadi, penggunaan teamviewer ni sangatlah digalakkan. 

Sekian cerita WFH ku pada hari ni. 

P/s: hari ni dpt masuk awal dlm pukul 8.00 pagi sebab ofis kat rumah je. 😬. Selalunya pukul 8 ni baru keluar rumah. Hehe

Kucing

Orang kata kalau tak suka binatang ni, tak berapa penyayang. Betul ke? Hehehe Aku bukan tak suka binatang2 ni. Tapi geli dan takut. Haha. Ka...