Friday, June 4, 2021

Pawagam

Alkisah pasal pawagam....

Nak tau tak? Saya ni tak pernah masuk pawagam lagi selama 30++ ni. Betul ke? Iye betul tak tipu... Mungkin saya akan masuk dengan En Suami kot... cia cia cia.

Alkisahnya pasal pawagam ni sebenarnya masa umur 12 tahun, lepas UPSR tu, teringin lah juga nak pergi pawagam. Masa ni pawagam jauh, kat KL nuu... Dah habis UPSR kan, so nak bergembiralah kononnya.. 

So satu hari member ajak pergi pawagam kat KLCC kalau tak silap. Pergilah saya  beramai-ramai dengan kawan-kawan perempuan. Sebagai anak yang solehah, nak pergi mana-mana mesti bagitahu mak ayah dulu.. Tapinya saya tak bagitahu betul-betul pada umi dan abuyah yang tujuan saya nak pergi KLCC tu sebab saya nak pergi pawagam. (Tak ingat pula citer apa yang tengah famous masa tu). Cuma beritahu yang saya nak pergi KLCC dengan kawan, sekian-sekian. Jadinya umi dan abuyah pun izinkan saya pergi ke sana...

Ingat lagi masa tu pakai baju kurung. I sorang je U pakai baju kurung.๐Ÿ˜Solehah sangat tau. (Sebenarnya takda pun blouse ka, seluar ka, untuk jalan-jalan masa tu). Kalau keluar mesti pakai baju kurung. Lepas Uni. baru belajar2 pakai seluar besar, tshirt labuh dan lain2. Isk.isk.isk tak baik kan? Tapi masih menjaga aurat alhamdulillah.

Tiket wayang tak beli lagi tau. Ini kes main redah je. Hahaha. Ok sambung. 

Sampai je kat KLCC tu kami pun terus lah ke pawagam tersebut nak beli tiket. Cerita tengah hot, so ramailah yang serbu pawagam. Kami sampai sana dalam pukul 12.00 tengah hari. Konon nak tengok waktu tu, penuh dah. Cek pukul 2.00 petang pulak, pun penuh juga. yang masih kosong tau tak pukul berapa? Saya pun dah tak ingat. hahaha. Tapi malam lah citernya... Kalau dah sampai malam, memang tak lah kan sebab janji dengan mak ayah nak balik petang. 

Sudahnya kami berjalan-jalan sahaja sambil makan aiskrim kat taman kat KLCC tu... ๐Ÿ˜‚. Aiskrim habis, kami pun balik dengan hampa tak dapat masuk pawagam nak tengok wayang... Adan Uke..

Kesimpulannya...

Jangan berbohong dengan mak dan ayah kita... Akan dibalas juga kesalahan kita tu... Beritahu betul-betul. InsyaAllah mereka faham. Bukan kita pergi berdua dengan orang lelaki kan? Kalau buat macam tu memang ke longkanglah jawabnya.. haha. Itulah kali terakhir buat macam tu..

Lepas tu memang tak berminat dah nak masuk pawagam. Dengan keadaan gelapnya.. risau macam2 boleh berlaku.. kan?

Jadinya kalau keluar filem best2.. kami tunggu cerita tu masa hari raya lah kalau nak tengok. Hah, satu family dapat tengok tau. hehe

Sekiannnn....

No comments:

Post a Comment

Kucing

Orang kata kalau tak suka binatang ni, tak berapa penyayang. Betul ke? Hehehe Aku bukan tak suka binatang2 ni. Tapi geli dan takut. Haha. Ka...