Hari ini genap sebulan pemergian arwah ayahku yang tercinta.. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Tanggal 9 September 2021, abuyah pergi meninggalkan kami sekeluarga selepas 23 hari bertarung nyawa melawan virus Covid-19. Virus tersebut menyebabkan organ dalaman abuyah rosak terutamanya bahagian paru-paru. Baru je nak rasa gembira sedikit bila Doktor maklumkan, abuyah dah boleh tukar ke wad biasa dan kami perlu beli ubat cair darah untuk biasakan ayah makan di hospital, sebelum bawa balik ke rumah. Sepanjang dihospital kami hanya berhubung dengan video call melalui bantuan nurse.
Pukul 12.00 tengah hari 9/9/2021 tu, Dr call maklumkan abuyah batuk dan keluarkan darah, nafas juga agak laju. Masa dengar beritu, saya dah rasa lain macam. Lepas zohor terus bacakan yasin untuk abuyah. Pukul 3.00 petang, Dr.call untuk family datang ke hospital sebab abuyah dah nazak. Dr. tak beritahu pula boleh datang berapa orang, jadi satu family saya suruh siap dan ikut pergi ke hospital. Walaupun kami masih dalam tempoh kuarantin lagi masa tu. Sampai je hospital, rupanya boleh naik 2 orang sahaja. Jadi saya dan umi naik dahulu. Sampai di wad 8B, Dr. keluar dan beritahu kami yang abuyah dah takda pukul 3.29 petang. Terus saya peluk umi.... ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜.. tak sempat jumpa abuyah sebelum abuyah pergi selamanya..
Saya tanya Dr., adakah kami boleh tengok arwah? Dr. kata ye. Alhamdulillah, kami dibenarkan masuk untuk melihat ayah. Allahuakbar, bila tengok abuyah, bersih sangat muka abuyah, bila cium pipi dahi abuyah, bau wangi je... Allah, Allah. Di lantai pula, ada kesan darah abuyah. banyakkk..
Saya dan umi tunggu di wad sehingga pegawai dari Bahagian Forensik datang ambil jenazah untuk dibawa ke bilik mayat. Bila tanya pegawai forensik tu, boleh ke bawa jenazah balik ke rumah, yelah sebab sekarang di Wad Covid, katanya boleh, sebab dah ayah dah bebas dari covid dan kami boleh urusakan sendiri. Alhamdulillah syukur sangat. Terus kami call van jenazah untuk bawa ayah ke rumah. Umi juga minta anak-anak letakkan katil di ruang tamu, untuk memudahkan jenazah diletakkan.
Kami sekeluarga buat bacaan yasin sambung menyambung dan bacaan satu al-quran. Satu peristiwa yang tak dapat dilupakan adalah selepas pukul 1.00pagi tu. Selepas saya ambil wuduk dan nak sambung bacaan juzuk seterusnya, saya akan buka kain yang menutup muka abuyah dan cium muka abuyah. Tapi saya terperasan, di mulut abuyah ada buih2 putih. Terus saya beritahu umi. Umi kata ambil dan sapu atau makan. Bila ambil je, buih tu keluar lagi, lagi dan lagi... kami semua ambil, tak tinggal pun sorang. Sehinggalah pukul 8.00pagi, umi orang terakhir yang ambil buih tu dan buih tu tiada lagi. Moga kebaikan yang ada pada abuyah jadi ikutan kebaikan pada kami juga...
Pagi Jumaat 10/9/2021 - Kami sekeluarga dapat mandikan dan kafankan arwah ayah. Itulah khidmat terakhir kami pada arwah ayah. Dan arwah ayah juga dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM. ALHAMDULILLAH SYUKUR.. sebab kalau ayah meninggal disebabkan covid, jenazah akan dikebumikan di Sg Merah. Jauh dari rumah. Tak dapat jumpa, tgk pun dari jauh je... 11.30pagi selesai semua urusan jenazah arwah abuyah. Bersemadilah jasad abuyah disitu untuk selamanya, moga tenang abuyah disana.
Abuyah, maafkan anakmu ini, banyak sangat dosa pada abuyah. Saya tak sempat nak berikan abuyah menantu masa abuyah hidup lagi.. Mmmm