Haha.. janji betul dah maksudnya merujuk kepada COVID-19.
Citernya, hari ini hari ke 6 saya dikuarantin kerana positif Covid-19. Sepatutnya mungkin dah habis kuarantin. Tapi disebabkan lambat buat swab walaupun dah bergejala maka, bertambahlah masa dikuarantin...
Awak pernah di diagnose sebagai positif covid?. Kalau tak pernah, alhamdulillah. Kalau pernah pun Alhamdulillah kerana awak terpilih merasai kesakitan itu. Mungkin pada masa ni kita berdoa sungguh-sungguh agar dihindari daripada Covid ni. Tapi Allah lebih mengetahui..
Antara simptom yang saya alami adalah demam, sakit badan, pening kepala, hidung tersumbat, tiada deria bau. Alhamdulillah deria rasa masih ok. Kalau tak mesti rasa malas nak makan. Badan memang tak larat. Rasa nak masak tapi memang tak boleh nak buat. Sakitnya badan Allah je yang tahu.
Alhamdulillah simptom yang saya alami tak seteruk adik lelaki dan kakak. MUNGKIN sebab saya dah cukup 2nd dos vaksin... Abang sulung pun sama. Positif, tapi tidak bergejala. Jadi dia tak merasa lah demam, muntah tu, sebab abang ni kalau demam, memang melepek, muntah tak berhenti. Satu apa pun tak boleh nak buat. Alhamdulillah..
Cumanya abuyah, umi, kak ngah, zui dan hani sahaja yang tak sempat settlekan 2 dos vaksin yang mana tarikh 2nd dos sama dengan tarikh kami dikuarantinkan... maka satu rumah bergejala... 11 orang tau.. nak kuarantin sangat pun macam tak berapa menjadi. yang penting tak kongsi pinggan makan. Tu jelah.
Masa tulis ni, abuyah masih di Hospital Serdang dan perlukan 5 liter gas. Mohon doakan ayah saya pulih seperti sediakala ye. Kena selalu telefon hospital tanya perkembangannya.. Kadang2 kami buat video call guna telefon wad. Menangis sajelah kami bila tengok abuyah pakai oksigen mask tu...
Moga Allah beri peluang untuk abuyah sihat kembali dan dapat pulang ke rumah semula.
Kami pula hari ni baru lepas buat penilaian di Covid19 Assessment Centre (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam. Alhamdulillah, semua boleh kuarantin dirumah sebab simptom dah tak ada. Jiran sebelah rumah pula yang kena kuarantin kat MAEPS. Sebab masih bergejala. Moga kak hasmah cepat sembuh ya!
Apa yang nak diceritakan disini adalah Virus Covid19 ni benar... Ia bukan ciptaan mana2 teori konspirasi ke hapa.. Allah boleh turunkan virus ni pada sesiapa sahaja. Sebab ia bukan sahaja berlaku di Malaysia tapi seluruh dunia. Mungkin bagi yang tak kena tu mungkin tak percaya. Tapi bila kena kat diri sendiri mungkinlah baru tersedar. Dan antara ikhtiar perubatan yang dipersetujui adalah dengan menyuntik vaksin dalam tubuh manusia. Siapa yang percaya vaksin ni juga teori konspirasi juga, amat malanglah mereka ni. Mungkin sebab dapat banyak fakta yang salah, maka jadilah mereka anti-vaksin. Dapatkan maklumat pada ahlinya, bukan google sahaja.
Moga Malaysia dapat mencapai herd immunity dan kita semua bebas dari jangkitan covid ni, InsyaAllah.